Monday 15 April 2013

Pertandingan Petanque



Hari: Isnin
Tarikh: 15/4/2013
Masa: 3.22 ptg
Tempat: Makmal Komputer Sekolah

Hari yang memenatkan, hari yang 'boring', dan hari yang terasa macam diri seperti tak dihiraukan.
Perlawanan petanque peringkat daerah Kinta Utara berlangsung hari Sabtu yang lalu, pasukan SMK Anderson telah mendapat tempat ke-3 dari beberapa buah sekolah...(sebenarnya x ingat berapa buah sekolah)

Walaupun sekolah sendiri telah mendapat tempat. Namun, perasaan sekarang dah bercampur, antara SUKA  dan Cemburu. Tapi nk buat macam mana, benda dah berlaku.
Sepatutnya pemain yang mewakili SMK Anderson adalah saya sendiri dan 2 lagi pemain lain. Tetapi, mungkin bukan rezeki saya. Saya terkeluar dari pencalonan dan telah diganti oleh orang lain.
Namun, saya ada juga terfikir. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin disebabkan penukaran pemain, pasukan Anderson mendapat tempat di Daerah Kinta.

Tak pelah, saya redha je..
Tapi, tahun depan.. InsyaAllah saya akan mewakili SMK Anderson bagi memenangi pertandingan Petanque yang akan datang.

Sekian sahaja,
Terima kasih...

KLIK SAYA

Rakan-rakan Blogger