Tuesday 27 January 2015

4 Feb 2015, Gembira Bersama Menangis Bersama

”.... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
(Al-Baqarah : 216)
Setiap kejayaan perlu ada pengorbanan.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya.
Banyak kena mengena... Bye semua. Jumpa lepas SPM and after.
‪#‎Ooialways‬

Wednesday 31 December 2014

Bye 2014, And Hye 2015! See u Tomorrow

Tahun baru, 2015
Datangmu diundang oleh seluruh penduduk bumi. Ada yang meraikan ketibaan kamu dan ada yang tidak.

Tapi, itu bukanlah persoalannya.
Persoalan yang sebenarnya adalah, adakah engkau datang memberi kenangan manis? Atau kenangan pahit semata.

"Masa depan hanya kita sahaja yang boleh tentukan" Antara perkataan yang selalu orang ucap. Samada untuk memberi semangat, memperolok, atau untuk meruntuhkan semangat seseorang.
Perkataan 'KITA SAHAJA' itu merujuk kepada diri kita sendiri. Betul?
Tidak, bagi Admin, semua terlibat dalam maksud perkataan 'KITA' .
Tak kiralah samada keluarga, rakan, guru, atau sesiapa sahaja. Semuanya terlibat.

Kerjasama antara semua orang disekeliling amat diperlukan untuk kita terus membangkit. Contoh, pemberian semangat adalah salah satu dari cara yang paling berkesan pada zaman ini.
Dunia kini penuh dengan cabaran, samada mental mahupun fizikal. Jadi, orang yang mempunyai semangat yang kuat (tabah) pasti dapat meneruskan hidup dengan lancar. Manakala yang tidak, pasti akan terumbang-ambing. Jadi, sudah jadi tugas orang yg tercinta untuk menaikkan dan memulihkan semangat yang luntur untuk terus bangkit. Bak kata movie yang admin tonton siang tadi Meet The Robinsons, 'KEEP MOVING FORWARD'


Jadi, mari kita bersama-sama membantu semua orang ingin berjaya dalam hidup. Boleh dapat pahala :D

Kalau mereka buat silap, jangan dibiar. Betulkan silapnya.
Kalau mereka salah, jangan ditengking. Beri nasihat.
Kalau mereka kalah, jangan diejek. Just say, You have do your best. And keep it up, and try again later.

Jadi, ni update terakhir admin bagi tahun 2014. Lagi 8 minit sebelum jam 12 Pagi.
So, Good Bye 2014. Banyak kenangan pahit manis kita harungi bersama. Buat rakan rakan SMK ANDERSON. Mungkin ada antara korang akan berpindah ke MRSM dan SBP, jadi kita jumpa lagi lain kali. Dan semoga korang dapat kejayaan dalam hidup korang. Untuk cikgu pula, terima kasih kerana mengajar saya pada tahun ni. Maaf, result PT3 tak seperti diharapkan. Tapi, SPM masih memanggil-manggil nama saya. And I will do my best. In shaa Allah. For my family, Thanks being a part of my life. Love you guys.

OK selamat malam, and WAIT !
Nak bagi tahu, countdown dah dekat. Haha
HAPPY NEW YEAR GUYS !!!!

Tuesday 30 December 2014

2014, Pergimu membawa seribu pengajaran


Kehadiran mu dinanti penuh debaran...
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan...

Mengharap sinar, ha rapan dan senyuman...

Namun siapa sangka...
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran...

Mac 2014...
Perginya MH370 tanpa berita...
Perginya penuh tanda tanya...
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak...

Wednesday 30 October 2013

Gotong-royong - Petanque

Assalamualaikum, hari ni pagi-pagi lagi saya dan geng petanque
diarahkan mencabut rumput-rumput ni padang petanque. Banyak kot rumput
yang tumbuh kat padang tu.. adoi.. penat penat.
Nasib baik tak banyak cikgu yang masuk kelas. Boleh rehat kejap.. huhhh
tu je nak bagi tau. lagi pun dah nak dekat seminggu tak update kat blog ni..
k,bye
drawing|with|light

Wednesday 23 October 2013

Jom Melawat Pangkor!!

Assalamualaikum,
hari ni saya ada dengar dari kawan yang memang asalnya dari Pangkor..
"25-27 hari bulan 10 terdapat pertandingan puisi dan lagu rakyat
peringkat antarabangsa di Pulau Pangkor," katanya. Saya check kat
internet, dia tulis "anda semua dijemput hadir".
Sesiapa yang pergi ke sana , kalau baek hati belikanlah souveneir
untuk saya.. hihi
Bye

drawing|with|light

KLIK SAYA

Rakan-rakan Blogger