Wednesday 31 December 2014

Bye 2014, And Hye 2015! See u Tomorrow

Tahun baru, 2015
Datangmu diundang oleh seluruh penduduk bumi. Ada yang meraikan ketibaan kamu dan ada yang tidak.

Tapi, itu bukanlah persoalannya.
Persoalan yang sebenarnya adalah, adakah engkau datang memberi kenangan manis? Atau kenangan pahit semata.

"Masa depan hanya kita sahaja yang boleh tentukan" Antara perkataan yang selalu orang ucap. Samada untuk memberi semangat, memperolok, atau untuk meruntuhkan semangat seseorang.
Perkataan 'KITA SAHAJA' itu merujuk kepada diri kita sendiri. Betul?
Tidak, bagi Admin, semua terlibat dalam maksud perkataan 'KITA' .
Tak kiralah samada keluarga, rakan, guru, atau sesiapa sahaja. Semuanya terlibat.

Kerjasama antara semua orang disekeliling amat diperlukan untuk kita terus membangkit. Contoh, pemberian semangat adalah salah satu dari cara yang paling berkesan pada zaman ini.
Dunia kini penuh dengan cabaran, samada mental mahupun fizikal. Jadi, orang yang mempunyai semangat yang kuat (tabah) pasti dapat meneruskan hidup dengan lancar. Manakala yang tidak, pasti akan terumbang-ambing. Jadi, sudah jadi tugas orang yg tercinta untuk menaikkan dan memulihkan semangat yang luntur untuk terus bangkit. Bak kata movie yang admin tonton siang tadi Meet The Robinsons, 'KEEP MOVING FORWARD'


Jadi, mari kita bersama-sama membantu semua orang ingin berjaya dalam hidup. Boleh dapat pahala :D

Kalau mereka buat silap, jangan dibiar. Betulkan silapnya.
Kalau mereka salah, jangan ditengking. Beri nasihat.
Kalau mereka kalah, jangan diejek. Just say, You have do your best. And keep it up, and try again later.

Jadi, ni update terakhir admin bagi tahun 2014. Lagi 8 minit sebelum jam 12 Pagi.
So, Good Bye 2014. Banyak kenangan pahit manis kita harungi bersama. Buat rakan rakan SMK ANDERSON. Mungkin ada antara korang akan berpindah ke MRSM dan SBP, jadi kita jumpa lagi lain kali. Dan semoga korang dapat kejayaan dalam hidup korang. Untuk cikgu pula, terima kasih kerana mengajar saya pada tahun ni. Maaf, result PT3 tak seperti diharapkan. Tapi, SPM masih memanggil-manggil nama saya. And I will do my best. In shaa Allah. For my family, Thanks being a part of my life. Love you guys.

OK selamat malam, and WAIT !
Nak bagi tahu, countdown dah dekat. Haha
HAPPY NEW YEAR GUYS !!!!

No comments:

Post a Comment

KLIK SAYA

Rakan-rakan Blogger