Thursday 13 December 2012

Mutakhir 68 calon rebut 20 kerusi Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP


KUALA LUMPUR: Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di Pulau Pinang hujung minggu ini akan menyaksikan 68 calon bersaing untuk merebut 20 jawatan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), dengan beberapa daripada mereka mempunyai pertalian keluarga.

Antara calon berkenaan ialah orang kuat parti iaitu Pengerusi Kebangsaan parti Karpal Singh, dua anak lelakinya Gobind Singh Deo yang juga Ahli Parlimen (MP) Puchong dan Jagdeep Singh Deo, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat.
Tidak ketinggalan ialah Setiausaha Agung parti dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama-sama bapanya yang JUGA veteran DAP dan MP Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Turut tidak melepaskan peluang untuk merebut jawatan berkenaan ialah Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham yang juga MP Beruas dan sepupunya Nga Kor Ming, yang juga Setiausaha DAP Perak.

Nga juga adalah MP Taiping MP dan ADUN Pantai Remis.

Antara calon Melayu pula ialah Naib Pengerusi DAP Johor, Ahmad Ton, Senator Ariffin S.M. Omar, Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor, Roseli Abdul Ghani yang akan diletakkan sebagai calon di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim dan Harun Ahmad.

Setiausaha Penganjur DAP Kebangsaan, Teresa Kok berkata tiada calon dibenarkan menarik diri daripada bertanding.
"Mereka (calon) yang ingin berbuat demikian boleh memaklumkannya kepada Speaker kongres pada hari berkenaan, tetapi namanya akan kekal dalam senarai dan perwakilan masih boleh mengundinya pada hari berkenaan walaupun calon telah menarik diri," katanya kepada Bernama hari ini.

Berdasarkan senarai calon, lebih separuh daripada mereka terdiri daripada sama ada MP atau Adun, atau kedua-duanya.

Kok berkata: "Dalam DAP, asalkan anda dapat pencalonan daripada dua cawangan, anda boleh menjadi calon dalam pemilihan parti".

Selain daripada Kok, yang juga Pengerusi DAP Selangor, nama-nama terkenal lain yang bertanding bagi kerusi CEC termasuk MP Bukit Mertajam Chong Eng, MP Tanjung Chow Kon Yeow, MP Petaling Jaya Utara Tony Pua, MP Cheras Tan Kok Wai, MP Kepong Dr Tan Seng Giaw, MP Rasah Anthony Loke, MP Ipoh Barat M. Kulasegaran, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P. Ramasamy, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim, dan Naib Pengerusi DAP Chong Chieng Jen, yang juga MP Bandar Kuching.

Kok berkata setakat ini, DAP mempunyai kira-kira 150,000 anggota dari 730 cawangan. Sejumlah 2,576 perwakilan akan menghadiri kongres dua hari itu.

Kit Siang dalam kenyataan berkata Kongres DAP akan menjadi pembuka tirai bersejarah kepada kempen "Seratus Hari ke Putrajaya".

Pakatan pembangkang menyasarkan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

Aaaarrrrggghhhhh!!!!


Aaaarrrrggghhhhh!!!!
Surat tawaran asrama sudah hilang!!!
Macam mana nak masuk asrama nanti ni???
Habislah :(
Teruskan mencari..
Doakan saya ek..

TUDM lakukan penerbangan ihsan bawa anggota sakit ke hospital

KOTA KINABALU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekali lagi melakukan penerbangan ihsan semalam membawa seorang pesakit anggota tentera dari Kuching, Sarawak ke Hospital Daerah Kota Belud, dekat sini.

Koperal Ruspada Meng, 31, berasal dari Kota Belud menghidap lumpuh separuh bahagian badan berikutan diserang demam campak sejak 6 Oktober lalu.
Pesawat yang melakukan 'Medical Evacuation' (MADEVAC) itu dikendalikan Mejar Roslil Khitam Ahmad berlepas dari pengkalan udara TUDM Kuching dan tiba di terminal dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira 7.30 malam.


Meng Arin, 50, bapa kepada Ruspada yang bersama anaknya itu dalam penerbangan, berkata, anaknya pengsan ketika bertugas di Kem Tentera Penrissen, Batu 8, Kuching pada 3 Oktober, dan beliau membawanya ke hospital angkatan tentera di Kuching untuk rawatan sebelum menghantarnya ke Hospital Umum Sarawak.

"Selepas beberapa hari menerima rawatan, saya dimaklumkan anak saya menghidap demam campak yang mengakibatkan separuh daripada badannya lumpuh.

"Semalam saya mengambil keputusan memohon supaya Ruspada dibawa ke Sabah untuk rawatan susulan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Media Kementerian Pertahanan Malaysia Cawangan Sabah, Lt Mohd Hafiz Mohamed Sabilan, berkata penerbangan itu adalah yang kelapan dilakukan TUDM tahun ini.
"Selain penerbangan ihsan untuk orang awam, TUDM juga membuat penerbangan khas memberi perhatian sepenuhnya terhadap kebajikan anggota tentera khususnya yang mengalami masalah kesihatan," katanya. - BERNAMA

Tengku Razaleigh arah petugas parti bekerja kuat tentukan kemenangan BN


GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengambil pendirian menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi menentukan sama ada beliau layak bertanding atau sebaliknya sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau berkata, pucuk pimpinan di Kuala Lumpur saja yang boleh membuat sebarang keputusan tetapi walau apapun keputusan, beliau tetap akan bekerja kuat sepanjang masa untuk menentukan kemenangan BN.
"Saya tidak mempunyai kuasa bagi menentukan soal calon termasuk diri saya dan terserahlah kepada pucuk pimpinan atasan yang membuat keputusannya bagi menghadapi PRU-13 nanti," katanya pada majlis Mesra Bersama Pengundi Wanita di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada golongan wanita yang bekerja kuat untuk parti. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mat Yusoff Abdul Ghani dan ADUN Galas, Ab Aziz Yusof.

Tengku Razaleigh, yang juga Ketua UMNO Gua Musang, berkata, bekerja keras bagi kemenangan parti itu adalah tanggungjawab semua pemimpin dan ahli bagi memastikan BN akan terus kekal mendapat mandat daripada rakyat.

Beliau berkata, pada Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur baru-baru ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak memberi semangat baru kepada semua perwakilan untuk menggerakkan jenteranya di semua peringkat.

"Oleh itu, kita di bahagian Gua Musang juga telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU-13 pada bila-bila masa termasuk menggerakkan jentera bagi memastikan kerusi BN Parlimen Gua Musang bersama tiga kerusi DUN kekal menang.
"Tidak ada sebab bagi rakyat menolaknya jika kita bekerja kuat untuk memperjuangkan nasib mereka kerana kini terbukti kerajaan BN mampu melakukan segala perubahan bagi faedah semua rakyat di negara ini," katanya.

Katanya, bagi kerusi Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri, Paloh dan Galas mungkin tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengekalkan kemenangan.

Beliau berkata, ia kerana pemimpin dan anggota Umno peringkat bahagian itu sentiasa terbuka bagi bekerja dalam satu pasukan dan sejarah juga telah membuktikan BN di Gua Musang terus kekal mendapat mandat rakyat. - BERNAMA

Speaker Singapura letak jawatan

Palmer mengaku terbabit skandal seks dengan pekerja

Singapura: Speaker Parlimen Singapura, Michael Palmer, meletak jawatan semalam, selepas mengaku terbabit dalam skandal seks terbaru republik itu.
Palmer, 44, turut melepaskan kerusinya di Parlimen sebagai wakil Punggol East dan keanggotaan dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP), lapor media online, semalam.Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean, mengiringi Palmer yang membuat pengumuman itu kepada media.

Perilaku saya tidak wajar dan adalah kesilapan besar. Saya meletak jawatan untuk mengelak daripada terus memalukan PAP dan Parlimen,” Michael Palmer, Speaker Parlimen Singapura


Palmer yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, mengangkat sumpah jawatan pada Oktober lalu.

Pikul tanggungjawab

“Saya letak jawatan untuk memikul tanggungjawab penuh kesilapan serius ini. Saya menjalin hubungan dengan seorang pekerja komuniti kawasan Pasir Ris-Punggol GRC. Meskipun individu berkenaan tidak bekerja di bawah saya, Punggol East sebelum ini termasuk dalam kawasan Pasir Ris-Punggol GRC.

“Perilaku saya tidak wajar dan adalah kesilapan besar. Saya meletak jawatan untuk mengelak daripada terus memalukan PAP dan Parlimen,” kata Palmer.

Sementara itu Chee Hean berkata, PAP mengetahui perkara itu Sabtu lalu dan Palmer menawarkan diri untuk meletak jawatan pada malamnya.

“Saya kesal kami mengecewakan penduduk Punggol East. Saya mahu beri jaminan bahawa kami akan betulkan keadaan dan terus jaga kebajikan anda,” kata Chee Hean.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong akan mencalonkan Speaker baru apabila Parlimen bersidang seterusnya, lapor media.

Tunggu keputusan Perdana Menteri

“Terpulang kepada Perdana Menteri sama ada pilihan raya kecil perlu diadakan,” kata Chee Hean.

Palmer menang kerusi Punggol East dalam pertandingan tiga penjuru semasa pilihan raya tahun lalu, mengalahkan calon Parti Pekerja dan Pakatan Demokratik Singapura.

Jun lalu, bekas Unit Penguatkuasaan Dadah Singapura dituduh terbabit dalam rasuah selepas meminta khidmat seks sebagai tukaran memberi kontrak, menurut dokumen mahkamah. - AFP/Agensi

Russia marah Lady Gaga


St Petersburg: Seorang sekutu politik Presiden Russia, Vladimir Putin mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Lady Gaga atas tuduhan mempromosi hak gay kepada golongan bawah umur dalam konsertnya, Ahad lalu.

Anggota parti pemerintah, United Russia, Vitaly Milonov, menuduh penyanyi itu melanggar undang-undang sejak awal persembahannya.
“Lagunya menyarankan remaja 12 tahun menyokong golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender),” kata Milonov mendedahkan rancangannya membuat aduan kepada pendakwa mengenai Lady Gaga. - REUTERS










pix_gal0

Israel beku dana Palestin



Baitulmaqdis: Israel tidak akan memberi hasil cukai dan duti kastam yang dikutipnya kepada pemimpin Palestin selama empat bulan, kata Menteri Luarnya, Avigdor Lieberman.
Beliau memberi alasan, Israel mengeluarkan kos untuk memberi dana pembiayaan kepada wilayah Palestin dan tindakannya tidak menyerahkan dana berkenaan bertujuan membolehkannya membayar hutang.

“Sehingga ini, kami bayar gaji pekerja Pihak Berkuasa Palestin 700 juta shekel (RM552 juta).

“Kita bayar pendahuluan bagi perbelanjaan elektrik dan air Palestin sebanyak 1.6 bilion shekel (RM1.28 bilion).

“Oleh itu, apa yang kita buat, kita ambil balik wang kita. Mereka boleh lupakan akan dapat wang selama empat bulan,” kata Lieberman kepada anggota partinya, Yisrael Beitenu, kelmarin.

Israel biasanya memberi 460 juta shekel (RM360 juta) sebulan kepada pihak berkuasa Palestin sebelum potongan atas perbelanjaan lain dibuat.
Henti bayaran Disember

Selepas pemimpin Palestin berjaya dalam permohonan mengubah status di PBB, Israel memberhentikan pembayaran pada bulan Disember.

Jurucakap Kementerian Kewangan berkata, tindakan itu hanya membabitkan bulan Disember.

Lieberman turut mengkritik negara Eropah yang dianggap melayan negara Yahudi itu seperti era Holocaust.

Beliau menuduh Eropah tidak kisah dengan ucapan pemimpin Hamas, Khaled Meshaal minggu ini yang mengatakan pemimpin Palestin tidak akan memberi seincipun tanah Palestin yang kini dikuasai Israel. - AFP 
 
_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Jawab periksa guna bahasa SMS

 CONTOH bahasa ringkas SMS yang diguna remaja.
DBP anggap petanda bahaya apabila pelajar guna dalam peperiksaan awam, IPT

Kota Bharu: Penggunaan bahasa ringkas atau Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kini semakin membimbangkan apabila ia turut digunakan oleh pelajar dalam peperiksaan rasmi, termasuk di peringkat institusi pengajian tinggi.
Penemuan itu hasil kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhubung penggunaan bahasa ringkas yang memfokuskan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta pelajar universiti.

Selain itu, kajian berkenaan turut mendapati ada pelajar yang menggunakan bahasa pasar seperti 'sedap gila’, 'laju gila’ dan sebagainya," Dr Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan (kanan), berkata isu itu sudah menjadi petanda bahaya kepada pelajar kerana menjawab peperiksaan dengan perkataan singkatan sehingga sukar difahami pemeriksa.


Bahasa ringkas Katanya, kebanyakan pelajar tidak serius dalam penggunaan bahasa dan mereka tidak mementingkan susunan ayat yang betul kerana sudah biasa menggunakan bahasa ringkas dalam perbualan harian, termasuk SMS dan Facebook.

Banyak singkatan tidak difahami, makna berubah
“Justeru, penggunaan bahasa SMS ini memainkan satu bibit atau ragam bahasa bukan saja penggunaan bahasa sangat santai, tetapi banyak singkatan yang tidak difahami dan perubahan makna sangat ketara.

“Selain itu, kajian berkenaan turut mendapati ada pelajar yang menggunakan bahasa pasar seperti 'sedap gila’, 'laju gila’ dan sebagainya,” katanya di Majlis Perasmian Simposium Tun Syed Nasir Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 Peringkat Kelantan, di sini, semalam.

Masih terkawal

Awang bagaimanapun berkata, penggunaan bahasa SMS itu masih lagi terkawal, tetapi perlu dilihat dalam konteks yang lebih serius kerana hal begitu sebenarnya mengganggu dan menjejaskan bahasa kebangsaan.

“Menghalang bahasa ringkas menular dalam urusan harian bukanlah mudah kerana dalam percakapan harian pun kita sudah menggunakan bahasa pasar dan sebagainya yang sedikit sebanyak mencalarkan imej bahasa ibunda.

“Kalau kita nak gunakan bahasa ringkas, tiada masalah, tetapi mesti digunakan dalam konteks yang sangat kecil. Jika kita menulis atau berhubung dalam konteks yang lebih umum, maknanya bahasa digunakan bersama orang awam hendaklah teratur dan terkawal,” katanya.

Awang berkata, dalam memartabatkan bahasa dan persuratan Melayu sebagai benteng peradaban bangsa, semua peringkat masyarakat seharusnya berganding bahu supaya mutu penggunaan bahasa sentiasa terkawal.

Peningkatan tahap pendidikan rakyat punca kebergantungan pekerja asing


KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan peningkatan taraf pendidikan rakyat Malaysia menjadi faktor kebergantungan negara terhadap tenaga kerja asing, Dewan Negara diberitahu, hari ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S Subramaniam, berkata peningkatan tahap pendidikan terbukti dengan penurunan kadar rakyat yang hanya menamatkan pendidikan di sekolah rendah iaitu 26 peratus pada tahun 2010, berbanding 61 peratus pada 1990.
"Ini bermakna sekarang ini kira-kira 75 peratus rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran lebih dari sekolah rendah ke peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) atau ke peringkat lebih tinggi," katanya ketika menjawab soalan Senator Khoo Soo Seang mengenai faktor kebergantungan warga asing untuk pekerjaan buruh serta langkah diambil untuk mengurangkan kebergantungan itu.

Subramaniam berkata, faktor yang disebut menyebabkan pengurangan tenaga kerja tempatan untuk mengisi jawatan di sektor yang memerlukan kemahiran rendah terutama bidang kerja yang dikategorikan sebagai 3D (dirty, difficult, dangerous) yang banyak terdapat dalam sektor pembinaan.

Menurut beliau, terdapat kira-kira 1.4 juta pekerja asing yang bekerja di Malaysia sehingga September lalu.

Jumlah itu, katanya, tidak termasuk kira-kira 1 juta yang masih dalam proses permohonan pemutihan di bawah 6P untuk mendapat kebenaran rasmi bekerja di negara ini.

"Jika dicampur, dianggarkan negara ada kira-kira 2.2 juta pekerja asing setakat ini," katanya.
Bagaimanapun, katanya, dalam jawatan yang memerlukan kemahiran tinggi seperti penyelia, juruteknik dan jurutera, ia kebanyakannya diisi warga tempatan.

Subramaniam menjelaskan bahawa kementerian sentiasa berusaha mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing seperti melakukan transformasi kerja dan tugas dalam sektor tertentu.

Antara yang dilaksanakan ialah menggunakan Kaedah Pembinaan Industri (IBS) dalam sektor pembinaan di mana kaedah ini boleh menjimatkan tenaga buruh binaan.

"Sebaliknya kaedah ini akan membuka lebih peluang pekerjaan untuk jurutera, juruteknik dan penyelia yang boleh diambil dari kalangan pekerja tempatan," katanya.

Tranformasi pekerjaan itu, katanya, boleh diperluas di sektor lain seperti industri makanan, pembuatan dan sebagainya.

Sebagai contoh, pengusaha makanan boleh memperluas konsep layan diri bagi mengelak mengupah pekerja asing bekerja di kedai makan. - BERNAMA

_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

UMNO Pulau Pinang gerak jentera pilihan raya


GEORGETOWN: UMNO Pulau Pinang sudah menggerakkan jentera pilihan raya dengan mengaktifkan 141 pusat daerah mengundi sebagai persiapan awal, kata Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Katanya, UMNO Pulau Pinang menyahut seruan Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya jentera pilihan raya parti di peringkat negeri diperkuat.
"Bagi kami di UMNO Pulau Pinang, kami sudah pun bergerak, sudah turun padang, pergi rumah ke rumah dan mengadakan ceramah. Kami terus buat kerja kami, menguatkan jentera pilihan raya," katanya kepada Bernama di sini.


Tambah Musa, "Soal calon kami serahkan kepada presiden dan akan sokong (keputusan). Kami pun nampak di peringkat bahagian di negeri ini, mereka pun tak kisah siapa yang akan jadi calon, tetapi apa yang penting adalah bekerja kuat untuk pilihan raya akan datang.

"Saya percaya selepas nasihat daripada PM dan TPM, sekarang kita dapat lihat bahawa pemimpin Umno di peringkat akar umbi (di Pulau Pinang) akan sokong siapa saja jadi calon, tidak akan ada sabotaj daripada ahli-ahli. Ini kerana mereka lihat keadaan politik di Pulau Pinang dan sudah pun juga merasai pengalaman (daripada pemerintahan pakatan pembangkang)," tambah beliau.

Musa juga berkata, UMNO kini semakin diterima sebagai parti yang bukan hanya semata-mata mewakili masyarakat Melayu, tetapi kaum lain juga.

Bagi UMNO Pulau Pinang dan khususnya UMNO Bahagian Bukit Mertajam, kini boleh dilihat rakyat pelbagai kaum sering mengunjungi pusat khidmatnya untuk memohon bantuan atau urusan yang lain.
"Di Bukit Mertajam, majoriti penduduk adalah kaum Cina dan mereka datang ke pusat khidmat saya di pejabat UMNO Bahagian Bukit Mertajam untuk memohon dan mendapatkan pelbagai bantuan termasuk BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)," kata Musa.

Katanya, rakyat tidak lagi terpegaruh dengan dakyah jahat pembangkang kononnya Umno adalah rasis dan sebaliknya mereka melihat Umno sebagai tunjang kepada BN.

"UMNO juga sudah membawa kemakmuran nasional sejak dahulu lagi menerusi kerjasama dengan mencipta prinsip atau konsep perkongsian kuasa unik melalui gabungan UMNO, MCA dan MIC serta parti komponen BN yang lain," kata beliau.

Beliau berkata, pakatan pembangkang cuba memecahbelahkan kekuatan BN dengan membuat tohmahan kononnya UMNO rasis supaya menimbulkan kebencian rakyat.

Musa berkata, tohmahan pembangkang itu adalah kerana mereka semakin bimbang apabila perkhidmatan yang diberikan UMNO mula diterima oleh semua kaum di negeri ini.

"Ini semakin terbukti dengan jumlah kehadiran rakyat sempena lawatan perdana menteri baru-baru ini, UMNO Bahagian sediakan pengangkutan dan yang menaiki bas itu adalah rakyat dari pelbagai kaum," kata beliau.

Katanya, jumlah kaum Cina yang hadir pada majlis pelancaran 'Jelajah Janji Ditepati' itu juga ramai dan ia pentanda baik berbanding dua tiga tahun yang lalu. - BERNAMA

_______________________________________________________________
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Mutakhir Honda panggil balik 871,000 kereta masalah gear parkir


CHICAGO: Honda memanggil balik lebih 871,000 kenderaan untuk membaiki kerosakan yang mungkin boleh menyebabkan kereta meluncur ketika pemandu merasakan gear diletakkan pada kedudukan parkir, kata pengeluar automobil Jepun itu.

Kira-kira 807,000 kenderaan buatan di Amerika Syarikat dan Kanada akan dipanggil balik di sini manakala 52,000 akan dipanggil semula di Kanada.
Honda berkata, mereka menyedari dua kejadian membabitkan "kecederaan ringan" membabitkan pemandu akibat kerosakan berkenaan.


Selepas penyiasatan terhadap beberapa aduan, didapati sistem kunci pencucuhan sama ada rosak atau digunakan ketika itu di mana boleh menanggalkan kunci apabila transmisi tidak diletakkan pada kedudukan parkir. - AFP
_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Clijsters ucap selamat tinggal kepada tenis


ANTWERP: Bekas pemain No 1 dunia, Kim Clijsters meraikan episod terakhir dalam kerjaya tenis dengan kemenangan ke atas pemain Amerika Syarikat, Venus Williams pada perlawanan pertunjukan di sini, awal pagi tadi.

Pemain Belgium yang menggondol 41 gelaran perseorangan sepanjang kerjaya, bermain dalam perlawanan rasmi terakhir ketika menyertai Terbuka Amerika Syarikat pada Ogos lalu tetapi bermain buat kali pertama di hadapan penyokong sendiri.
Kira-kira 13,000 penonton menyaksikan perlawanan itu ketika Clijsters menundukkan Williams 6-3, 6-3.

"Saya tidak menyesal untuk mengakhiri kerjaya saya pada 29 Ogos lalu ketika bertanding pada Terbuka Amerika Syarikat dan saya masih rasa begitu. Maaf kerana berbuat begini," katanya. - AFP
_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Wednesday 12 December 2012

Tarikh Istimewa: 12,12,12

Hari ini mempunyai tarikh yang istimewa, bukan?
12.12.12
Nak tahu rahsia tarikh ini tak?
haha..
RAHSIA ANGKA 12.12.12
Cantik disebut dan dipandang. Tapi kita perlu sedar bahawa ALLAH yang mengkehendaki tarikh ini terjadi. Bersyukurlah kerana diberi peluang dan kesempatan menyaksikan keindahan ini. Mari campurkan 12+12+12 atau gandakan 12x3. Maka kita akan dapat jawapan "36". Dan kebetulan pula Angka 36 jika kita lihat susunan surah dalam Al-Quran, Surah ke 36 ini ialah Surah Yaasin. Subhanallah..


Dan, kalau nak tahu lagi..
Tarikh ini adalah tarikh yang terakhir mempunyai nombor yang unik (sama)
exp:11.11.11
Tahun depan dan seterusnya sudah tiada tarikh seperti di atas... (13.13.13)
Saya ada juga mendengar cerita..
Banyak ramalan mengatakan, pada tarikh ini...
Ramai ibu-ibu yang akan melahirkan anak...
Mesti best dapat tarikh ni...
Senang hafal.. 12.12.12
Paling best kalau masa pun sama....
Tarikh: 12.12.12
Masa: 12:12 a.m
Fuhhh!!!
Haha... Best tak???
Ok bye, Assalamualaikum
_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________
 

Mahkamah tetap kes saman Nurul Izzah terhadap Utusan 18 Februari

KUALA LUUMUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 18 Februari untuk pengurusan kes saman fitnah yang difailkan anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar terhadap Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Hakim Datuk V T Singham menetapkan tarikh itu dengan dihadiri peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Nurul Izzah dan peguam Nur Atasha Juhaidi Yean Abdullah bagi pihak Utusan.
Pada 23 November lalu, Nurul Izzah memfailkan saman itu kerana mendakwa Aziz dan Utusan memutar-belit kenyataannya dalam satu forum mengenai kebebasan beragama untuk orang Melayu.


Menerusi pernyataannya, anggota Parlimen Lembah Pantai itu mendakwa empat artikel yang mengandungi perkataan fitnah terhadapnya diterbitkan oleh akhbar itu pada 6 November dan 7 November lalu.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, memohon perintah supaya kedua-dua defendan memohon maaf dan menarik balik tuduhan fitnah ke atasnya dalam masa 24 jam dari tarikh perintah itu.

Beliau juga menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau dan kos yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Mayat pembantu teknikal dijumpai terapung di Empangan Teluk Bahang

BALIK PULAU: Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menemui mayat pembantu teknikal Kejohanan Perahu Naga 2012 yang dilapor hilang ketika berenang di Empangan Teluk Bahang, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Hatta Md Zin berkata, mayat Jacob Issac Fletcher, 19, ditemui terapung jam 8.15 pagi berhampiran tempat kejadian.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat dan sudah dituntut oleh keluarganya," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.


Operasi mencari dan menyelamat membabitkan lebih 70 anggota pelbagai agensi termasuk unit penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia dari Lumut, Perak; Polis Marin Wilayah Utara; Bomba dan Penyelamat negeri serta Jabatan Pertahanan Awam negeri.

Dalam kejadian jam 1 petang Ahad lalu, Fletcher dikatakan terjun dari pelantar tempat pelepasan pertandingan dan berenang seketika sebelum didapati hilang.
_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Stesen tv Korea Utara umum pelancaran roket berjaya

PYONGYANG: Stesen penyiaran Korea Utara sebentar tadi mengumumkan bahawa pelancaran roket oleh Pyongyang sebagai berjaya.

Penduduk Korea Utara yang menonton di kaca televisyen menunjukkan kejayaan pelancaran roket berkenaan pagi ini selepas dua jam dilancarkan di perairan barat negara itu.
Media tempatan berkata, Roket Unha berkenaan membawa satelit ke ruang angkasa.

Babagaimanapun, pegawai Amerika Syarikat (AS) berkata setakat ini tidak dapat disahkan mengenai sebarang objek perisian memasuki ruang orbit. - AP
_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Bicara tuduhan rogol terhadap anggota polis ditetapkan 25, 26 Februari depan

BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 25 dan 26 Februari 2013 untuk perbicaraan tiga anggota polis yang dituduh merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii ke atas seorang wanita warga Indonesia di Berek Balai Polis Perai pada 9 November lalu.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan tarikh itu kerana kes berkenaan mempunyai kepentingan awam dan perlu diselesaikan segera.
Meor Sulaiman juga membenarkan perbicaraan ketiga-tiga tertuduh didengar sekali di mahkamah yang sama.

Konstabel Remy Anak Dana, 25, Kpl Nik Sin Mat Lazim, 33, dan Konstabel Syahiran Romli, 21, didakwa merogol wanita Indonesia berumur 25 tahun itu di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di sini antara jam 6.40 pagi hingga 7.30 pagi pada 9 November lalu.

Ketiga-tiga mereka juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama.

Ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam bela R.S.N Rayer dan Abdul Roni Rahman, Pendakwaaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Mokhtar.

Pada prosiding hari ini, Rayer memohon kepada mahkamah agar pihak media yang membuat liputan kes itu tidak mensensasikannya kerana bimbang anak guamnya akan dinafikan untuk mendapat perbicaraan yang adil.
Bagaimanapun Meor Sulaiman tidak mengeluarkan sebarang perintah untuk pihak media dan liputan boleh dilakukan seperti biasa.

Mahkamah juga melanjutkan tempoh jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh sehingga hari perbicaraan. - BERNAMA
_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Jepun gesa mesyuarat Majlis Keselamatan berhubung Korea Utara diadakan

 TOKYO: Utusan khas Jepun ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa mesyuarat Majlis Keselamatan perlu diadakan bagi membincangkan isu pelancaran roket Korea Utara hari ini.

“Susulan pelancaran yang disifatkan Jepun sebagai peluru berpandu jarak, Duta Jepun, Tsuneo Nishida berkata...permohonan sudah dibuat kepada pengerusi majlis (keselamatan), Maghribi,” kata media Jepun, Kyodo News dari New York hari ini. - AFP
_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Lebih 400 penderma darah diperlukan setiap hari

KUALA LUMPUR: Pusat Darah Negara memerlukan antara 400 hingga 450 penderma darah setiap hari bagi menampung keperluan darah di Lembah Klang.

Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Roshida Hassan berkata, ini bagi memenuhi permintaan hospital kerajaan dan swasta yang memerlukan kira-kira 3,000 unit (1 unit sekitar 0.5 liter) darah merah seminggu.
"Semua jenis darah iaitu A, B, O dan AB diperlukan kerana pesakit terdiri daripada pelbagai golongan dan berbeza kumpulan darah," katanya di sini, hari ini.

Dr Roshida berkata, setiap pendermaan boleh membantu menyelamatkan tiga nyawa, dan setiap darah mempunyai jangka hayat terhad iaitu darah merah sehingga 42 hari, platelet (lima hari) manakala plasma yang dibekukan boleh bertahan selama dua hingga tiga tahun.

Mengenai kesedaran masyarakat untuk menderma darah, beliau berkata sungguhpun kesedaran itu semakin meningkat, namun selari dengan perkembangan pesat dalam rawatan perubatan, permintaan untuk darah juga turut meningkat.

Dr Roshida berkata, pusat itu kini mengambil langkah proaktif bagi menggalakkan orang ramai menderma darah kerana dijangkakan akan berlaku kekurangan dalam trend pendermaan sepanjang musim perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

"Pada musim perayaan, orang ramai mengambil kesempatan bercuti lebih lama untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan walaupun keinginan untuk menderma darah itu ada, biasanya hasrat itu ditangguhkan sehingga mereka kembali daripada bercuti," katanya.
Mereka yang ingin menderma pada pada Hari Krismas boleh berbuat demikian di Pusat Derma Darah, Jalan Tun Razak dari jam 8 pagi hingga 4 petang atau melayari laman web www.pdn.gov.my bagi mendapatkan maklumat mengenai jadual kempen derma darah bergerak.

_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.


3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahullam MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W
_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Rosmah minta Harimau Malaya berjuang habis-habisan hadapi Thai


KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berharap skuad Harimau Malaya akan melakar kejayaan menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2012, di Bangkok esok.

"Kepada skuad Harimau Malaya, semoga terus berjuang hingga ke titisan terakhir bagi mengharumkan nama negara," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program bual bicara 'Hello Malaysia', terbitan Bernama TV, di Wisma Bernama, di sini malam tadi.
Rosmah turut meminta rakyat Malaysia, khususnya peminat bola sepak agar menyokong skuad kebangsaan dengan semangat '1Malaysia Boleh!'.


Pada perlawanan pertama di gelanggang sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad lalu, Harimau Malaya diikat 1-1 oleh skuad Gajah Perang. - BERNAMA


_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Tanggal 12.12.12

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkahwin pada tarikh istimewa 10.10.10. - Gambar hiasan

Susunan angka yang cantik memberi impak tersendiri

Tanggal 12.12.12! Itulah tarikh hari ini. Angka atau digit itu dikatakan cantik, tidak kurang pula menganggap tarikh hari ini begitu unik dan istimewa.
Ini berikutan, susunan angkanya iaitu 12.12.12 kelihatan menarik dan cantik sebab berturutan serta memberi impak tersendiri apabila dicatat misalnya, pada sijil perkahwinan, kad kahwin dan sebagainya.

Angka tetap angka manakala kebaikan atau keburukan dibawa tiada kaitan dalam kehidupan seseorang, sebaliknya bergantung kepada empunya diri untuk mencorakkannya," Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, Pakar motivasi dan sosiologi, Universiti Putra Malaysia.

Mungkin sebab itulah lazimnya, tanggal sebegini ramai bercadang mengadakan majlis pertunangan, pernikahan, meraikan resepsi majlis perkahwinan dan merancang pelbagai acara lain, ada memilih tarikh bersalin pada hari berkenaan.

Tidak kurang juga menjadikan atau mengabadikan tarikh itu dalam bentuk simbolik seperti menjadikan angka berkenaan sebagai mas kahwin, hantaran dan hadiah istimewa. Justeru, tidak hairan jika ramai menunggu tarikh itu untuk diabadikan bagi mengadakan acara tertentu yang akan diingati, dikenang dan dipahat dalam lipatan sejarah untuk sepanjang hayatnya.

Malah, bukan individu saja, hotel dan kompleks beli-belah atau yang berasaskan perniagaan turut mengambil kesempatan menawarkan

Gading gajah RM60j dirampas

 Azis (empat dari kanan) bersama sebahagian gading gajah yang dirampas di Pelabuhan Utara, kelmarin. - Foto Roslin Mat Tahir
 Azis (empat dari kanan) bersama sebahagian gading gajah yang dirampas di Pelabuhan Utara, kelmarin. - Foto Roslin Mat Tahir
Kastam tahan dua kontena isytihar bawa bongkah kayu

Pelabuhan Klang: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor mematahkan cubaan menyeludup 1,500 gading gajah seberat 24,000 kilogram yang dianggarkan bernilai RM60 juta selepas merampas dua kontena di sini, kelmarin.
Pengarah KDRM negeri, Datuk Azis Yaacub, berkata rampasan kontena yang tiba dari Pelabuhan Lome, Togo di Afrika, itu yang terbesar pernah dilakukan Unit Pemantauan Kontena Bahagian Penguatkuasaan di Pelabuhan Utara.

Ia diisytihar sebagai dagangan bongkah kayu. Selepas diperiksa, kami menemui gading gajah di ruang khas kontena bongkah kayu itu," Azis Yaacub, Pengarah KDRM negeri

Dihantar ke China

“Kontena itu dipercayai akan dihantar ke China. Sebelum itu, ia diisytihar sebagai dagangan bongkah kayu. Selepas diperiksa, kami menemui gading gajah di ruang khas kontena bongkah kayu itu pada jam 10 malam semalam (kelmarin).

“Sebelum berlabuh di Pelabuhan Klang, kontena berkenaan berlepas ke Pelabuhan Algeciras menggunakan kapal Marivia.

“Di pelabuhan Sepanyol itu, kedua-dua kontena berkenaan dipindahkan sekali lagi ke kapal CMA CGM Titus dan belayar ke sini,” katanya di Wisma Kastam Pelabuhan Utara, dekat sini, semalam.
Azis berkata, anggaran nilai keseluruhan gading gajah yang cuba diseludup itu RM60 juta berasaskan perkiraan nilai semasa pasaran iaitu RM2,500 bagi setiap kilogram.

Siasat syarikat tempatan

Katanya, gading gajah adalah barangan disenaraikan mengikut larangan Lampiran 1, Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Yang Terancam (CITES) yang melarang sebarang dagangan komersial.

Beliau berkata, pihak KDRM sedang menyiasat sebuah syarikat tempatan yang dinamakan untuk menguruskan kontena itu kerana membuat perisytiharan atau ikrar tidak benar ke atas dagangan.

“Kami juga masih memburu individu terbabit. Kes disiasat mengikut Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967. Individu atau syarikat terbabit dengan penyeludupan dagangan ini boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun,” katanya.

Azis berkata, gading gajah berkenaan disyaki cuba diseludup untuk dijadikan barangan hiasan.

Padang atau bendang?


Pihak pengurusan pasukan kebangsaan membuat aduan kepada penganjur Piala Suzuki, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) serta tuan rumah, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengenai keadaan padang latihan Harimau Malaya, yang didapati becak dan layak dipanggil bendang.
“Saya sudah buat aduan kepada pihak penganjur dan FAT. Harap esok (hari ini) dapat padang lebih elok. Tapi anggap ini semua dugaan untuk berjaya,” kata pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal ketika ditemui pada sesi latihan Harimau Malaya di padang Jaran Buraprat, kira-kira satu kilometer dari hotel penginapan skuad negara, petang semalam.

Kami amat kecewa dengan padang yang macam bendang padi, tempat pemain salin pakaian pun tiada, jaring gol koyak rabak dan orang awam boleh tengok secara terbuka," Subahan Kamal, Pengurus Harimau Malaya

Layanan yang diterima Harimau Malaya agak berbeza dengan layanan lima bintang disediakan Malaysia kepada Thailand ketika berkunjung ke ibu negara untuk perlawanan separuh akhir pertama Ahad lalu termasuk menyediakan padang latihan tertutup dan anggota keselamatan.

Macam bendang padi

Skuad Harimau Malaya dikejutkan dengan tindakan penganjur Piala Suzuki AFF dan tuan rumah, FAT hanya menyediakan padang awam sebagai tempat latihan di Bangkok, petang semalam.

Biarpun lokasinya hanya satu kilometer dari hotel Golden Tulip Sovereign, keadaan padang Jaran Buraprat itu sepatutnya tidak layak dijadikan padang latihan untuk kejohanan tertinggi peringkat Asia Tenggara itu.
“Kami amat kecewa dengan padang yang macam bendang padi, tempat pemain salin pakaian pun tiada, jaring gol koyak rabak dan orang awam boleh tengok secara terbuka. Jika di Malaysia, main peringkat kampung pun tidak seperti tahap ini.

“Sedangkan ketika skuad Thailand datang ke Kuala Lumpur tempoh hari, kita beri layanan begitu baik, jagaan pihak polis dan padang latihan tertutup (Kompleks Latihan Maybank, Bangi) supaya mereka dapat buat latihan sulit tanpa gangguan,” katanya.

Ditanya adakah ini salah satu taktik atau strategi Thailand untuk melunturkan semangat juang Harimau Malaya, Subahan berkata: "Saya tak tahu. Apa pun, yang berlaku ini tidak menunjukkan semangat kesukanan. Patut layanan lebih baik dan kita sudah rugi sehari tidak dapat menjalani latihan penuh."

_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Yahoo kemas kini perkhidmatan e-mel untuk bersaing dengan Google


SAN FRANCISCO: Yahoo memperbaharui perkhidmatan e-mel percuma dalam usaha menyaingi pesaing terdekatnya, Google yang lebih popular di kalangan pengguna internet.

Selain wajah baru yang diumumkan hari ini, Yahoo memperkenalkan aplikasi e-mel untuk iPhone, iPad dan peranti mudah alih menerusi sistem operasi Windows 8.
Syarikat yang berpangkalan di Sunnyvale, California itu juga, mengemas kini aplikasi yang direka untuk sistem operasi Android Google. - AP
_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Obama teratas kemuncak Twitter 2012


SAN FRANCISCO: Pesanan kemenangan "Empat tahun lagi" yang diiringi gambar Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memeluk isterinya menduduki tangga teratas koleksi kemuncak Twitter 2012 yang dikeluarkan hari ini.

Imbas kembali sepanjang tahun yang dikendalikan khidmat pesanan popular itu mengira semula topik, berita dan trend yang menarik perhatian orang ramai di seluruh dunia.
Pesanan Obama pada malam pilihan raya itu diikuti sebanyak 816,973 kali oleh pengguna Twitter di lebih 200 negara sekali gus mencatat rekod baru untuk “retweets.”


"Dalam beberapa jam tweet itu terus menjadi retweet paling banyak sepanjang 2012 dan retweet terbanyak setakat ini," kata Twitter mengenai pesanan Obama.

Pesanan kedua paling banyak retweet tahun ini ialah ucapan selamat oleh Justin Bieber kepada peminatnya berusia enam tahun yang mati akibat kanser otak dengan 224,173 kali retweet. - AFP

_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Sunderland lolos daripada zon penyingkiran


LONDON: Sunderland menarik nafas lega apabila meloloskan diri daripada zon penyingkiran ketika mencatat kemenangan 3-0 ke atas Reading pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium of Light awal pagi tadi sekali gus mengurangkan tekanan terhadap pengurus, Martin O’Neill.

Gol pada babak pertama hasil sentuhan James McClean dan Steven Fletcher serta gol saat akhir oleh Stephane Sessegnon menjamin mata penuh ketika O’Neill meraikan ulang tahun pertama bersama kelab berkenaan.
Sunderland kini melonjak ke tangga ke-15 dengan 16 mata hasil daripada 16 perlawanan manakala Reading terus sengsara di tangga kedua tercorot dengan sembilan mata dan kekal enam mata terpisah daripada zon selamat.

Sunderland baru menang dua kali sepanjang 23 perlawanan liga sebelum turun beraksi manakala Reading mengalami empat kekalahan berturut-turut. - Reuters

_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Pelancaran roket Korea Utara ditangguh 10 hari



WASHINGTON: Rancangan Korea Utara untuk melancarkan roket jarak jauh mungkin tertangguh selama 10 hari selepas ia dilaporkan mengalami masalah teknikal, kata institut pendidikan di sini.

Gambar satelit menunjukkan aktiviti di tapak Sohae di pantai barat laut dikatakan berkaitan dengan pemindahan roket daripada landasan pelancar untuk dibaiki.
Analisis daripada 38 North, laman sesawang Kajian Antarabangsa di Universiti John Hopkins meramalkan kerja pemindahan roket Unha-3 dijangka mengambil masa sehingga esok dan lebih seminggu untuk dibaiki bermakna pelancaran mungkin dibuat sebelum 21 atau 22 Disember ini. - AP
_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Pesawat Rivera terhempas secara menegak


MEXICO CITY: Pegawai pengangkutan Mexico berkata, pesawat yang membawa penyanyi Mexico-Amerika, Jenni Rivera dipercayai menjunam ke tanah dalam posisi menegak dari ketinggian 8,534 meter dengan bahagian depan pesawat menyembah bumi pada kelajuan 182 meter sejam.

Setiausaha Komunikasi dan Pengangkutan Mexico, Gerardo Ruiz Esparza, menawarkan maklumat terperinci mengenai detik-detik yang membawa kepada nahas yang mengorbankan Rivera serta enam yang lain, Ahad lalu.
Ruiz berkata, pesawat itu berada kira-kira 0.36 meter dari ia mula terhempas, bermakna pesawat itu menjunam pada sudut hampir 45 darjah.


Katanya, pesawat itu menjunam dengan bahagian depan ke bawah. Kesan kemalangan itu semestinya dahsyat." - AP
_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Ultras Malaya ekor Harimau Malaya


 Ultras Malaya akan bertolak ke Bangkok dari Stadium Nasional Bukit Jalil pada awal pagi ini untuk bakar semangat Harimau Malaya.

Kuala Lumpur: Meskipun tiada Curva 1Q, sorakan kira-kira 300 komrad Ultras Malaya akan tetap bergema buat menyuntik tenaga tambahan bagi pemain Malaysia di tengah padang Stadium Supachalasai, Bangkok, malam esok.

Penyokong setia Harimau Malaya itu akan muncul di stadium berkenaan bagi memberi perangsang kepada skuad negara pada aksi separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF menentang Thailand.
Wakil kumpulan itu, Redzuan Ahmad, berkata beberapa bas yang membawa penyokong Ultras Malaya akan bertolak dari Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada awal pagi ini, selain negeri di Utara tanah air.


Selain itu, katanya, ada penyokong yang menaiki kereta api dan penerbangan terus ke Thailand pada hari perlawanan esok.

“Kami akan memberi bentuk sokongan seperti biasa dengan melakukan chant (laungan lagu patriotik) sambil mengibarkan panji membangkitkan semangat juang barisan pemain beraksi di padang.

“Sorakan selama 90 minit perlawanan pasti berkumandang di Stadium Supachalasai meskipun kami tiada Curva 1Q seperti di SNBJ.

“Kami tidak akan pernah gerun walaupun dikepung sorakan pasukan Siam,” katanya dikenali sebagai Capo (ketua) dalam Ultras Malaya

_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Arsenal tersungkur suku akhir Piala Liga Inggeris




LONDON: Arsenal kecundang 3-2 menerusi sepakan penalti kepada kelab divisyen empat ketika tersungkur pada saingan suku akhir Piala Liga Inggeris yang memalukan selepas perlawanan tamat seri 1-1 sehingga masa tambahan, awal pagi tadi.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu menjaringkan gol pada minit ke-88 menerusi kapten Thomas Vermaelen bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan tetapi gagal mempamerkan penguasaan dan kesilapan Vermaelen sendiri turut melenyapkan harapan mereka untuk mara apabila sepakan penaltinya tersasar.
Garry Thompson membuka tirai jaringan pada minit ke-16 untuk meletakkan pelawat di depan dan bertahan sehinggalah Vermaelen menyamakan kedudukan dengan tandukan.

Sementara itu, satu lagi perlawanan suku akhir menyaksikan Andreas Weimann menjaringkan dua gol lewat ketika Aston Villa mara ke separuh akhir ketika bangkit selepas ketinggalan untuk menewaskan Norwich City 4-1. - Reuters

_______________________________________________________________
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meninggal Dunia


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011.

Wajah inilah yang dinantikan di kaca televisyen untuk mengetahui tarikh bermulanya ibadah puasa dan hari raya sebelum beliau bersara dan digantikan  Datuk Syed Danial Syed Ahmad  pada 10 Jan tahun lepas.


Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan Takziah buat keluarga Allahyarham.

Al-Fatihah...

_______________________________________________________________
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Monday 10 December 2012

Gitar???

Tau tak yg Daniel ada gitar???
Haha, sebenarnya dah lama dah saya ada gitar..
Cuma belum umumkan lagi jew...

Sekarang ni pun saya baru belajar..
Sebab rasanya baru 4 bulan ayah belikan gitar tu tuk saya.

_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Kucing Ohh Kucing

Mulai hari ini, saya sudah mempunyai kucing belaan... Huhu ( Bangga gila )
Tapi namanya belum difikirkan lagi.
Minta tolong pada semua untuk mencadangkan nama dia, ok?

Nak tengok gambar dia???

Bye, Assalamualaikum
_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

Sunday 9 December 2012

2 Kenduri..

Semalam Kami sekeluarga pergi 2 kenduri kahwin.. Penat + kenyang = zzZZ
haha...
Ni gambar di kenduri kedua...

Jumpa lagi esok... assalamualaikum

_________________________________________________________________________________

DANNY DANIEL (^_^)
_________________________________________________________________________________

KLIK SAYA

Rakan-rakan Blogger