Thursday 13 December 2012

Israel beku dana Palestin



Baitulmaqdis: Israel tidak akan memberi hasil cukai dan duti kastam yang dikutipnya kepada pemimpin Palestin selama empat bulan, kata Menteri Luarnya, Avigdor Lieberman.
Beliau memberi alasan, Israel mengeluarkan kos untuk memberi dana pembiayaan kepada wilayah Palestin dan tindakannya tidak menyerahkan dana berkenaan bertujuan membolehkannya membayar hutang.

“Sehingga ini, kami bayar gaji pekerja Pihak Berkuasa Palestin 700 juta shekel (RM552 juta).

“Kita bayar pendahuluan bagi perbelanjaan elektrik dan air Palestin sebanyak 1.6 bilion shekel (RM1.28 bilion).

“Oleh itu, apa yang kita buat, kita ambil balik wang kita. Mereka boleh lupakan akan dapat wang selama empat bulan,” kata Lieberman kepada anggota partinya, Yisrael Beitenu, kelmarin.

Israel biasanya memberi 460 juta shekel (RM360 juta) sebulan kepada pihak berkuasa Palestin sebelum potongan atas perbelanjaan lain dibuat.
Henti bayaran Disember

Selepas pemimpin Palestin berjaya dalam permohonan mengubah status di PBB, Israel memberhentikan pembayaran pada bulan Disember.

Jurucakap Kementerian Kewangan berkata, tindakan itu hanya membabitkan bulan Disember.

Lieberman turut mengkritik negara Eropah yang dianggap melayan negara Yahudi itu seperti era Holocaust.

Beliau menuduh Eropah tidak kisah dengan ucapan pemimpin Hamas, Khaled Meshaal minggu ini yang mengatakan pemimpin Palestin tidak akan memberi seincipun tanah Palestin yang kini dikuasai Israel. - AFP 
 
_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

KLIK SAYA

Rakan-rakan Blogger