Wednesday 12 December 2012

Mayat pembantu teknikal dijumpai terapung di Empangan Teluk Bahang

BALIK PULAU: Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menemui mayat pembantu teknikal Kejohanan Perahu Naga 2012 yang dilapor hilang ketika berenang di Empangan Teluk Bahang, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Hatta Md Zin berkata, mayat Jacob Issac Fletcher, 19, ditemui terapung jam 8.15 pagi berhampiran tempat kejadian.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat dan sudah dituntut oleh keluarganya," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.


Operasi mencari dan menyelamat membabitkan lebih 70 anggota pelbagai agensi termasuk unit penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia dari Lumut, Perak; Polis Marin Wilayah Utara; Bomba dan Penyelamat negeri serta Jabatan Pertahanan Awam negeri.

Dalam kejadian jam 1 petang Ahad lalu, Fletcher dikatakan terjun dari pelantar tempat pelepasan pertandingan dan berenang seketika sebelum didapati hilang.
_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

KLIK SAYA

Rakan-rakan Blogger