Wednesday 12 December 2012

Mahkamah tetap kes saman Nurul Izzah terhadap Utusan 18 Februari

KUALA LUUMUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 18 Februari untuk pengurusan kes saman fitnah yang difailkan anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar terhadap Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Hakim Datuk V T Singham menetapkan tarikh itu dengan dihadiri peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Nurul Izzah dan peguam Nur Atasha Juhaidi Yean Abdullah bagi pihak Utusan.
Pada 23 November lalu, Nurul Izzah memfailkan saman itu kerana mendakwa Aziz dan Utusan memutar-belit kenyataannya dalam satu forum mengenai kebebasan beragama untuk orang Melayu.


Menerusi pernyataannya, anggota Parlimen Lembah Pantai itu mendakwa empat artikel yang mengandungi perkataan fitnah terhadapnya diterbitkan oleh akhbar itu pada 6 November dan 7 November lalu.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, memohon perintah supaya kedua-dua defendan memohon maaf dan menarik balik tuduhan fitnah ke atasnya dalam masa 24 jam dari tarikh perintah itu.

Beliau juga menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau dan kos yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
_______________________________________________________________
 
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

KLIK SAYA

Rakan-rakan Blogger