Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan tarikh itu kerana kes berkenaan mempunyai kepentingan awam dan perlu diselesaikan segera.
Konstabel Remy Anak Dana, 25, Kpl Nik Sin Mat Lazim, 33, dan Konstabel Syahiran Romli, 21, didakwa merogol wanita Indonesia berumur 25 tahun itu di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di sini antara jam 6.40 pagi hingga 7.30 pagi pada 9 November lalu.
Ketiga-tiga mereka juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama.
Ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam bela R.S.N Rayer dan Abdul Roni Rahman, Pendakwaaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Mokhtar.
Pada prosiding hari ini, Rayer memohon kepada mahkamah agar pihak media yang membuat liputan kes itu tidak mensensasikannya kerana bimbang anak guamnya akan dinafikan untuk mendapat perbicaraan yang adil.
Bagaimanapun Meor Sulaiman tidak mengeluarkan sebarang perintah untuk pihak media dan liputan boleh dilakukan seperti biasa.
Mahkamah juga melanjutkan tempoh jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh sehingga hari perbicaraan. - BERNAMA
_______________________________________________________________
DANNY DANIEL (^_^)
_______________________________________________________________
No comments:
Post a Comment