Thursday 6 December 2012

Al-Fatihah

Ramai yang selalu baca surah Al-Fatihah kan?
Tapi anda tahu sejarahnya?
Ni saya terangkan sedikit tentang surah Al-Fatihah..

Surah Al-Fatihah - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.

Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

K.. bye
Assalamualaikum


_________________________________________________________________________________

DANNY DANIEL (^_^)
_________________________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

KLIK SAYA

Rakan-rakan Blogger