Monday 14 October 2013

Hari Raya Haji Is Coming!!!

Berdasarkan kepada hadis
(terjemahan) yang
diriwayatkan oleh Abu Daud
daripada Anas r.a, yang
bermaksud: "Rasulullah SAW
datang ke Madinah,
sedangkan mereka sedang
sibuk bergembira selama dua
hari. Maka Rasulullah SAW
bertanya: Hari apakah yang
dua hari ini? Mereka
menjawab: Kami biasa
bergembira selama dua hari
pada zaman Jahiliah:
Kemudian Rasulullah
bersabda: "Sesungguhnya
Allah SWT telah
menggantikannya dengan
hari yang lebih baik daripada
dua hari itu bagi kamu iaitu
Aidilfitri dan
Aidiladha."

(Diriwayatkan
Imam Abu Daud dan an-
Nasai daripada Anas)
Berdasarkan kepada hadis
(terjemahan) "Tiada amal
anak Adam yang lebih disukai
Allah pada hari Aidiladha
melainkan ibadat korban.
Sesungguhnya binatang yang
dikorbankan itu akan datang
pada hari kiamat lengkap
dengan tanduk, bulu dan
kukunya. Sesungguhnya
ibadat korban ini diredhai
Allah sebelum darah binatang
itu jatuh ke bumi. Maka
hendaklah kamu berasa
lapang dada dan reda akan
ibadat korban yang kamu
lakukan."

Atas tu adalah beberapa fakta yang saya petik dari Wikipedia..
Sedar-sedar esok dah raya haji kan? Jemaah Haji pula mungkin dah
bergerak ke Arafah sekarang.
Doakan agar dipermudahkan segala urusan jemaah Malaysia di sana. Insyaalah

Tujuan saya update ni adalah untuk tanya kepada para pembaca. Apa
persediaan anda menjelang raya haji yang hanya beberapa jam sahaja
lagi ni?
komen di bawah tau.. thank you

#selamat_hari_raya_aidiladha
drawing|with|light

2 comments:

KLIK SAYA

Rakan-rakan Blogger